Monday 26 November 2012

allah sayang umatnya

assalamualaikum semua.i don't know how to begin this new post but i'll try.aurat,orang orang luar selalu cakap aurat ni sekadar tutup kepala dengan rambut.so saya terjumpa satu artikel dekat iluvislam.com pasal aurat perempuan.


Aurat wanita ibarat kereta Ferrari.
360 Spider, 550 Barchetta, F430, SA APERTA, 612 Sessanta atau apa saja modelnya.
Pemilik kereta membawa ke mana saja.Keliling kota atau desa.Parking dan berhenti di mana-mana.
Luarnya (design) kereta itu sangat cantik, menarik pemandangan mata memandang, warna yang mengancam, berkilat, setiap inci diteliti.Side mirror, lampu depan, lampu belakang, lampu signal kiri dan kanan.Oh, kau sangat bergaya dan menawan.
"Kalau lah aku dapat kereta ni... Perrrghhh AWESOME!" Sambil mengetap bibir tanda geram, setiap mata memandang berdialog diam-diam.Membayangkan kereta itu jadi kepunyaan.
Ya, kereta itu jadi perhatian.Kadang-kadang rimas.Tapi pemilik kereta sedikit bangga.Kereta mahal katakan...
Itu baru luarnya kereta Ferrari.
Dalamnya (interior)?
Pemilik kereta membuka pintunya pula.
Ada mata yang cuba-cuba meninjau.Menjengah kepala mencari ruang untuk melihat isi dalam kereta itu.
"Kalau luaran pun dah awesome,dalaman mesti banyak functions."
"Perrrghhh!"
"Kalau aku dapat drive sekejap pun jadilah."
Sekali lagi angan sangkaan Si Pemerhati.
Mana tidaknya, luas dalaman kereta itu pun sudah selesa, tempat dudukya diperbuat daripada kulit lembut yang berkualiti tinggi (high quality soft leather), sound system yang Uumphh.Tengah leka explore seluruh isi dalam kereta, mata tertarik pada dashboard pula.Tachometers, horn, engine start button, steering wheel,setup switch, optional paparan LCD dan banyak lagi functions on the dashboard dalam kereta itu.Geram, rasa nak tekan-tekan semua, nak tengok function kereta ini macam mana.
"Alah...You know ferrari, right?"
Kalau nampak depan MidValley Megamall orang sanggup berhenti snap gambar.Kalau tidak sekalipun, orang snap curi-curi. Upload dalam facebook, twitter.
Caption : "Terbaik der!!.Kau ada...??"
Lumrah kereta mahal.
Tapi...
Apakata kalau pemilik kereta itu cuba menggunakan car cover, kain lebar atau apa saja untuk menyelubungi atau selagi tidak mahu menampakkan kereta mahal itu?
Adakah kereta itu akan jadi perhatian?
Adakah setiap perincian kereta itu dapat ditelitikan?
Warnanya, kilatnya, bentuknya, kedudukan lampunya, cantik atau tidak, fungsinya.
Adakah kereta itu menjadi khayalan imaginasi 'Si Pemerhati'?
Jangankan kereta Ferrari, kalau kereta Kancil enjin berkuasa turbo pun orang akan jeling sikit-sikit.
Macam itu juga aurat wanita,
Di bawa ke mana oleh badan bernyawa,
Ada pemerhati galak matanya,
Mencari ruang untuk 'meneroka',
Hati-hati dengan nafsu mereka,
Tolonglah wahai kaum hawa, tolong jaga,
Betapa mahalnya nilai diri anda.
Semahal-mahal kereta Ferrari,
Mahal lagi auratmu wahai ukhti,
Persembahkan untuk suamimu nanti,
Bukan kepada golongan ajnabi,
Barulah kau digelar Bidadari,
Insyallah duniawi dan ukhrawi.
Haa... nasihat-nasihat jugak,but wahai kaum lelaki(kalau kau rasa diri kau lelaki) kalau kita suruh orang perempuan pakai tudung but at the same time kau pakai seluar pendek xde maknanya jugak.apa yang dimaksudkan dalam konsep menutup aurat ialah bagi lelaki,pusat sampai lutut and perempuan , seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.tapi trend kat malaysia,tutup aurat dah bagus tapi masyaallah mekap tebal gilaa.janganlah bertabarruj sangat.just pakai gincu dengan bedak pon dah cukup,and gincu pon x tebal sangat.kenapa allah suruh tutup aurat,sebab allah sayang umatnya especially kaum hawa. so,setakat ilmu copy paste ni apalah sangat.harap ada manfaat ape yang aku nukilkan



Monday 12 November 2012

post sedih T.T

Assalamualaikum.. apa khabar antum semua? ana harap ente semua dalam keadaan sihat walafiat :))
ok cuti pun dah start so actually saya dah lama tak mengepost dalam blog nie.alhamdulillah sekolah sume start cuti jumaat lepas.selamat bercuti kepada semua rakyat malaysia yang belom spm lagi :D

SAD STORY : ZAINUL ARIFFIN

Hari khamis dua minggu yang lepas,saya bangun pukul 5.30.saya pergi mandi then sambung tidor balik. alamak subuh terlajak sebab bangun 6.15.maka,terjadilah satu dialog antara kawan saya dengan saya

kawan : weyh icad,bangun george(gelaran zainul kat sekolah) dah meninggal
saya: aku x percaya laa , ko menipu nie. better aku pegi surau aku tanye budk dorm die

di surau,habis sembahyang subuh,ustaz nordin suruh semua pelajar tunggu sebab nak baca yassin untuk seorang budak yang baru sahaja meninggal. ye,budak itu ialah ZAINUL ARIFFIN




bagi saya,banyak pengalaman manis dengan arwah.mase arwah form 1,alhamdulillah saya rapat dengan beliau.tapi,tahun nie saya jarang berbual dengan beliau. semoga roh beliau dicucuri rahmat .AL-FATIHAH