Wednesday 14 August 2013

KESEDARAN DAN PENTINGNYA KESEDARAN :)

Assalamualaikum readers . Asal la mood nak update blog ni asyik tenggelam timbul je -.- . Okay maybe for this post pasal isu yang hangat sekarang ni iaitu rumah ibadat orang islam dijadikan tempat meditasi kaum buddha. Yup and now it had been a national issue . This is the story

Isu surau: Pengurus resort ditahan

JOHOR - Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sediliuntuk siasatan kerana dikata membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan.
   
Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pengurus berusia 45 tahun itu ditahan di resort tersebut pada 2.00 petang ini.
   
"Satu pasukan khas diwujudkan dan diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes tersebut.
   
"Kes disiasat mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
   
Kesalahan sedemikian membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 
   
Beliau turut mengingatkan masyarakat Islam supaya bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.
   
Polis dijangka membawa pengurus itu ke Mahkamah Kota Tinggi esok untuk kebenaran menahan reman beliau.
   
Upacara sembahyang itu disedari oleh seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu.
   
Seramai 12 penganut agama berkenaan dan seorang sami dikatakan melakukan upacara sembahyang itu yang termasuk meletakkan gambar patung. - Bernama


 And this is the controversional video




Semestinya yang saya tahu akan ada dalam kalangan kita selepas menonton video ni akan menghamburkan kata-kata macam ni : "B*****nya sapa yang buat macam ni , Kita kena report polis kasi pemilik resort ni malu , kita kena buat protes " . Kenapa time-time macam ni baru nak bersuara? Kenapa dari dulu kita tak cuba nak imarahkan masjid dan surau dekat kawasan rumah kita? Dan saya yakin apa yang terjadi sekarang ni akan menyedarkan umat islam , bukan menYEDARkan tapi kita sendiri kena SEDAR yang memang surau dengan masjid sekarang x ramai nak sembahyang jemaah. Ya saya akui kadang-kadang saya pun x sempat nak pergi masjid even masjid tu 250 meter je dari rumah tapi alhamdulillah kena jugak datangkan keSEDARan untuk datang masjid. Datang masjid bukan sebab mak SURUH atau PAKSA tapi itu memang satu kewajipan. So apa yang saya harapkan ialah kita sama-sama dapat penuhkan surau dan masjid , xde la datang sembahyang satu saf 10 orang je . Sungguh x syok saya cakap . Dan kalau nak protes pun dengan cara yang baik dan aman, bukan dengan jerit sana jerit sini , maki hamun x tentu pasal . X elok . Okay la saya rasa tu je untuk malam ni. Selamat beramal :)


No comments:

Post a Comment